

Pengenalan
Sistem e-Kiosk ialah sistem untuk mempertingkatkan prestasi dan kualiti dalam proses penyemakan caruman, penamaan waris dan juga mencetak penyata caruman. Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu pencarum-pencarum mendapatkan maklumat dengan lebih mudah dan lebih efisien secara ‘on-line’. Pembangunan e-Kiosk adalah sebagai kemudahan alternatif kepada anggota angkatan tentera untuk menyemak caruman mereka selain berurusan di kaunter.
Perkhidmatan e-Kiosk ini juga dapat memudahkan lagi urusan pencarum dalam menyemak jumlah wang terkumpul dan memeriksa status terkini caruman mereka. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh e-Kiosk ini adalah seperti berikut :-
- Maklumat-maklumat berkaitan dengan LTAT dan perkhidmatan yang disediakan.
- Memeriksa status pendaftaran cap jari.
- Menyemak dan mencetak penyata caruman.
- Menyemak kelayakan membuat pengeluaran harta tidak alih.
- Menyemak status permohonan biasiswa Yayasan LTAT.
- Menyemak status permohonan pengeluaran.
- Menyemak dan mencetak penyata Dana Affin Hwang Perwira.
- Menyemak penyata skim KASUMA (PERNAMA).
- Informasi dan sambungan ke laman web infokiosk PERNAMA, PERHEBAT, PPHM, BHP, Yayasan LTAT, AFFIN BANK, AFFIN HWANG dan PPZ.
- Mencetak borang – borang berkaitan pengeluaran caruman, kemaskini waris dan juga borang untuk menjadi pencarum sukarela.