LTAT ditubuhkan sebagai Badan Berkanun Persekutuan di bawah Akta Parlimen iaitu Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101), dan telah menabur bakti selama lebih lima dekad kepada pencarumnya dalam kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tadbir urus korporat yang baik, beretika, telus dan dipercayai.
Melaksanakan tanggungjawab dengan cara yang terbaik dan berkualiti tinggi.
Membina model perniagaan, produk dan perkhidmatan yang baru.
Kesediaan untuk bekerjasama bagi mencapai matlamat atau objektif yang sama.
Ditubuhkan dengan Tujuan. Dibina Berteraskan Kepercayaan.
Ditubuhkan pada tahun 1972, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) diwujudkan dengan satu mandat yang jelas dan berkekalan, iaitu untuk memelihara kesejahteraan kewangan jangka panjang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Seiring peredaran masa, LTAT berkembang menjadi sebuah institusi yang berdaya tahan dan berteraskan disiplin, dibina atas asas tadbir urus yang baik, pengurusan yang berhemat serta komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam berkhidmat kepada mereka yang mempertahankan negara. Tahun-tahun awal penubuhan ini bukan sekadar membentuk asas operasi organisasi, malah memperkukuh kepercayaan, kekuatan institusi dan asas kewangan yang membolehkan LTAT melangkah ke hadapan dengan hala tuju yang lebih jelas, keyakinan yang lebih utuh serta tujuan yang lebih bermakna.
Meluaskan Horizon. Memperkukuh Impak.
Bertitik tolak daripada asas yang telah dibina, LTAT memasuki fasa pertumbuhan yang mampan dengan memperluaskan peranannya melangkaui sebuah institusi simpanan. Daripada sebuah institusi simpanan, LTAT berkembang menjadi institusi yang memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan ekonomi Malaysia melalui pelaburan merentas sektor-sektor strategik seperti perladangan, perkhidmatan kewangan, pembuatan dan hartanah.
Perkembangan ini bukan sahaja memperkukuh portfolio pelaburan LTAT, malah meningkatkan peranannya dalam landskap korporat Malaysia. Kepelbagaian pelaburan yang semakin meluas membolehkan LTAT menjana pulangan yang lebih mampan kepada pencarum, di samping menyokong pembangunan ekonomi negara. Dengan asas institusi yang semakin mantap serta portfolio yang lebih pelbagai, LTAT terus memperkukuh peranannya sebagai pemegang amanah simpanan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan institusi pelaburan yang menyumbang kepada pertumbuhan serta kemakmuran negara untuk jangka panjang.
Menetapkan Semula Haluan. Memulihkan Kekuatan.
Sepanjang tempoh 2019 hingga 2025, LTAT melalui satu fasa transformasi yang penting bagi menangani cabaran struktur, memulihkan keyakinan serta menyelaraskan semula organisasi dengan mandat jangka panjangnya. Usaha ini dimulakan menerusi Pelan Transformasi 2019 dan diperkukuh melalui MAMPAN25, yang berjaya memperkukuh kedudukan kewangan, tadbir urus dan disiplin institusi LTAT, sekali gus membina asas yang lebih kukuh untuk memastikan daya tahan jangka panjang.
Melalui pelaksanaan inisiatif pembaharuan yang berani, LTAT muncul sebagai sebuah institusi yang lebih berdaya tahan dari segi kewangan, tadbir urus yang lebih jelas dalam fokus strategiknya. Berbekalkan asas yang lebih kukuh, LTAT kini berada pada kedudukan yang lebih baik untuk terus mencipta nilai yang mampan bagi jangka panjang.
Pertumbuhan Berteraskan Matlamat. Nilai Berpanjangan. Impak Nasional.
Memasuki tahun 2025 dan seterusnya, LTAT melangkah ke lembaran baharu yang dipacu oleh pertumbuhan yang lebih terancang, fokus strategik yang lebih jelas serta komitmen yang lebih utuh terhadap penciptaan nilai jangka panjang. Sebagai kesinambungan kepada perjalanan evolusi LTAT, GEMPUR30 menjadi pelan hala tuju yang mengorak langkah ke fasa seterusnya dengan memperkukuh agenda transformasi yang telah dilaksanakan, sekali gus meletakkan LTAT pada landasan yang lebih kukuh untuk mencapai kemajuan yang mampan.
Dalam melakar perjalanan ke arah 2030, LTAT kekal komited untuk memacu pertumbuhan yang bertanggungjawab dengan mengimbangi prestasi kewangan, kecemerlangan tadbir urus, tanggungjawab kepada negara serta amanah berterusan yang diberikan oleh ahlinya. Masa hadapan yang ingin dibina bukan sekadar berteraskan pertumbuhan, tetapi juga didorong oleh iltizam untuk mencipta nilai yang berkekalan dengan berlandaskan integriti, tujuan yang jelas dan impak yang bermakna.
DIVIDEND CREDITING
01
day after dividend declaration.
CONTRIBUTION WITHDRAWAL
03
working days
(subject to complete documentation).
COUNTER WAITING TIME
15
minutes or less.
REPLY TO CONTRIBUTOR’S VOICE MESSAGES
01
working days.
PROVIDE FEEDBACK TO CONTRIBUTORS
03
working days
(via email, MyWira or social media).
CONTRIBUTOR’S COMPLIANT RESOLUTION
05
working days.
Penganjur
Lokasi
Tarikh
Waktu
Anggaran Jumlah Peserta