Demi Wira Kami

Anda menjadi perisai negara. Kini, kami berdiri teguh melindungi masa depan anda. Tatkala anda menyarung seragam, seluruh jiwa raga diserahkan demi ibu pertiwi. Justeru, menjadi mandat mutlak kami untuk terus melindungi anda. 

FAEDAH-FAEDAH BAGI PENCARUM YANG SEDANG BERKHIDMAT

Skim Pengeluaran Bagi Pembelian Harta Tak Alih

Pencarum adalah dibenarkan untuk membuat pengeluaran bagi tujuan pembelian rumah kediaman atau tanah untuk membina rumah kediaman.

Jumlah pengeluaran yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi 40% daripada akaun caruman ahli (Akaun 2) atau 10% daripada harga harta tak alih atau maksima RM10,000.00 yang mana lebih rendah.

Pengeluaran ini hendaklah bagi tujuan pembelian rumah kediaman pertama sahaja atau sebidang tanah untuk membina rumah kediaman.

Kemudahan pengeluaran ini dibenarkan hanya sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Skim Pengeluaran Mengerjakan Ibadah Haji

Pencarum yang menerima Surat Pengesahan Tawaran Menunaikan Ibadah Haji daripada Lembaga Tabung Haji (TH) dibenarkan membuat pengeluaran haji dengan jumlah maksima sebanyak RM10,000.00. Kemudahan pengeluaran ini dibenarkan hanya sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Skim Pengeluaran Pendidikan

Pencarum yang sedang mengikuti peringkat pengajian tinggi di Universiti Awam Tempatan dibenarkan membuat pengeluaran pendidikan bertujuan bagi bayaran balik yuran pendaftaran/yuran kemasukan tahun pertama dengan jumlah maksima sebanyak RM3,200.00. Kemudahan pengeluaran ini dibenarkan hanya sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Skim Tambahan Caruman Ahli (TCA)

Pencarum diberi pilihan untuk meningkatkan caruman bulanan mereka (bahagian ahli), melebihi daripada kadar yang ditetapkan di dalam Akta Tabung Angkatan Tentera (Akta 101) iaitu, 10% daripada gaji bulanan.

Kadar minimum TCA adalah sebanyak RM25.00 dan sebarang penambahan hendaklah dibuat dalam gandaan RM5.00 serta tiada had maksimum.

FAEDAH-FAEDAH BAGI ANGGOTA YANG AKAN DAN TELAH BERSARA

Pengeluaran Caruman

Pencarum boleh mengeluarkan wang caruman mereka 30 hari selepas berhenti atau bersara daripada perkhidmatan atau mencapai umur 50 tahun/umur persaraan wajib atau diperakui sebagai tidak berupaya untuk berkhidmat dari segi fizikal atau mental. Jika pencarum meninggal dunia pembayaran akan dilaksanakan kepada waris.

 

Pencarum wajib yang menamatkan perkhidmatan dengan status tidak berpencen akan menerima wang carumannya dan caruman kerajaan termasuk dividen serta bonus terkumpul.

 

Pencarum wajib yang menamatkan perkhidmatan dengan status berpencen akan menerima wang carumannya termasuk dividen dan bonus yang terkumpul sahaja. Wang sumbangan kerajaan akan dikembalikan kepada Kumpulan Wang Disatukan (“KWDS”) untuk bayaran pencen bulanan.

 

Pencarum sukarela boleh mengeluarkan wang simpanannya sebanyak dua kali setahun dan diberi pilihan untuk mencarum semula setelah keseluruhan caruman dikeluarkan.

Skim Faedah Kematian Dan Hilang Upaya

Semua anggota dilindungi secara automatik di bawah Skim Faedah Kematian dan Hilang Upaya LTAT. Skim ini dirangka bagi memberikan jumlah bayaran yang sewajarnya kepada anggota sekiranya mereka disahkan hilang keupayaan secara fizikal atau mental untuk meneruskan perkhidmatan, atau kepada waris sekiranya anggota meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.

PERBADANAN MILIKAN PENUH LTAT

LAPORAN PENCARUM

Muka hadapan laporan ini menggambarkan kekuatan tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (“ATM”) yang bersatu di darat, laut dan udara sebagai simbol keberanian, kesiapsiagaan dan pengorbanan mempertahankan kedaulatan negara. Di sebalik setiap wira yang berbakti, LTAT teguh berdiri melaksanakan amanah melindungi kesejahteraan dan masa depan wira dan wirawati negera tercinta. Inilah semangat Demi Wira Kami!

MyWira

Aplikasi Pintar untuk Ahli Kami

Akses pantas ke akaun caruman LTAT anda, pada bila-bila masa.
Memperkenalkan aplikasi mudah alih MyWIRA untuk akses yang lebih pantas ke akaun caruman LTAT anda pada bila-bila masa, di mana jua.
Pengguna i-Wira sedia ada boleh log masuk ke aplikasi mudah alih MyWIRA menggunakan akaun dan kata laluan yang sama.

MyWIRA 2.0

Akaun LTAT anda di hujung jari.

MyWIRA 2.0 ialah platform digital LTAT yang menggabungkan pelbagai kemudahan pengurusan akaun dalam satu aplikasi yang selamat dan mudah digunakan. Pencarum boleh mengakses maklumat akaun, mengurus caruman, membuat permohonan pengeluaran, menyemak status permohonan serta menerima maklumat dan pengumuman terkini daripada LTAT pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Pengguna?

Log masuk ke MyWIRA untuk mengakses maklumat caruman, keahlian dan perkhidmatan LTAT secara digital, dengan mudah dan selamat pada bila-bila masa, di mana sahaja.

MyWira

Aplikasi Pintar untuk Ahli Kami

Akses pantas ke akaun caruman LTAT anda, pada bila-bila masa.
Memperkenalkan aplikasi mudah alih MyWIRA untuk akses yang lebih pantas ke akaun caruman LTAT anda pada bila-bila masa, di mana jua.
Pengguna i-Wira sedia ada boleh log masuk ke aplikasi mudah alih MyWIRA menggunakan akaun dan kata laluan yang sama.

Ciri-ciri Utama

PROGRAM AKAN DATANG

Penganjur

Lokasi

Tarikh

Waktu

Anggaran Jumlah Peserta