Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta) yang telah berkuatkuasa pada 15 November 2013 untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan ini memberikan notis ini bagi menjelaskan bagaimana kami mengumpul, memproses dan menyimpan data-data anda. Notis ini juga bertujuan untuk memberikan pengetahuan bagaimana anda boleh mengawal pendedahan data peribadi anda oleh LTAT. Sila baca Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT di sini.
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
Teknologi terkini termasuk inskripsi data dan penggunaan kata laluan adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan kepatuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Hak cipta Laman Web LTAT dan semua maklumat, teks, imej, grafik, fail video dan susunannya dan bahan di dalamnya, dimiliki oleh LTAT kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubahsuai, disalin, diedarkan, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindahkan, dijual atau diuruskan secara komersial dengan apa-apa cara sebelum mendapat kebenaran daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera secara bertulis.
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Penganjur
Lokasi
Tarikh
Waktu
Anggaran Jumlah Peserta