LTAT mempunyai dua objektif utama:
- Objektif utama yang pertama ialah mengadakan
faedah-faedah persaraan dan faedah-faedah lain untuk pegawai dan
anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan satu skim
simpanan untuk Anggota Kerahan Angkatan Sukarela.
- Objektif utama yang kedua ialah melaksanakan program-program latihan peralihan bagi anggota angkatan tentera yang akan atau telah bersara.
Visi
Menjadi sebuah organisasi pengurusan dana yang berjaya dan dicontohi oleh badan-badan Kerajaan dan korporat.
Misi
LTAT mempunyai tiga misi penting seperti berikut:
- Mengadakan faedah persaraan dan sosioekonomi yang bermutu tinggi untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia.
- Membantu dalam pembangunan negara melalui pelaburan yang berhemat dan menguntungkan.
- Menerapkan nilai kualiti dan budaya kerja cemerlang di kalangan pekerja dan bekerja secara berpasukan dengan penuh dedikasi, tanggungjawab, disiplin, amanah, proaktif, dan inovatif ke arah pencapaian yang cemerlang dan berterusan.
Dasar Kualiti
LTAT adalah komited untuk menjadi sebuah organisasi berwibawa dan mencapai tahap pengurusan dana wang caruman anggota angkatan tentera yang tinggi bagi memenuhi ekspektasi pelanggan dari segi pemberian perkhidmatan dan pulangan wang caruman serta meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti secara berterusan.
Latar Belakang
Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang lebih dikenali dengan singkatan LTAT, telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1972 di bawah Akta Parlimen iaitu Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101).
Caruman
Di bawah skim persaraan, pencarum wajib dikehendaki mencarum 10% daripada gaji bulanan kepada LTAT dan kerajaan akan mencarum sebanyak 15% sebagai majikan. Di bawah skim simpanan bagi pencarum sukarela simpanan dibenarkan sekurang-kurangnya RM25 sebulan sehingga had maksimum RM2,000 sebulan.