1. Apakah kemudahan yang disediakan dalam i-Wira?

Pencarum boleh:

  • Menyemak Penyata LTAT tahun semasa dan tahun sebelumnya.
  • Menyemak Unit Trust AFFIN HWANG.
  • Menyemak sejarah pengeluaran.
  • Membuat aduan, cadangan dan pertanyaan.
2. Bagaimanakah caranya untuk menyemak baki caruman?

Anda perlu mempunyai Nombor Tentera dan kata laluan i-Wira. Jika tiada, anda perlu mendaftar dahulu.

Jika anda sudah mendaftar i-Wira, log masuk ke i-Wira dan klik pada pautan tab 'Penyata'.

3. Bagaimana untuk saya mendaftar i-Wira?

Klik sini>> pendaftaran i-Wira

4. Apakah kelayakan untuk mendaftar i-Wira?

Hanya kepada ahli yang masih berkhidmat sahaja.

5. Saya telah mendaftar tetapi kenapa saya tidak boleh log masuk?

 Antara sebab tidak boleh log masuk ialah:

Salah memasukkan Nombor Tentera dan/atau kata laluan semasa ingin log masuk.
Telah mendaftar tetapi akaun belum diaktifkan.

6. Bagaimana saya ingin mengaktifkan akaun i-Wira saya?

Selepas pendaftaran dibuat, anda akan menerima emel pengaktifan akaun i-Wira pada emel yang didaftarkan (Sila semak juga pada 'folder SPAM' atau 'JUNK'). Anda perlu klik pautan tersebut untuk mengaktifkan akaun i-Wira anda.
*jika pautan (link) tidak boleh di klik, sila pilih (select) pautan tersebut, salin (copy) dan tampal (paste) pada bar alamat (address bar) di 'browser' internet anda dan tekan 'Enter'.
*pautan yang dihantar ke emel ini hanya aktif selama 24 jam sahaja selepas butang 'Daftar' di klik.

7. Saya tidak menerima sebarang emel selepas pendaftaran dibuat, bagaimana saya ingin mengaktifkan akaun i-Wira saya?

Jika tiada sebarang emel diterima dalam tempoh 5 minit atau pautan pada emel telah tamat tempoh (telah lebih 24 jam), sila hubungi kami seperti maklumat dibawah untuk pengaktifan akaun;
Emel: wira[at]ltat.org.my
Telefon: 1-300-38-5828

8. Bolehkah saya menukar kata laluan?

Ya, boleh. Malah, anda dinasihatkan untuk menukar kata laluan secara berkala. Untuk menukar kata laluan, log masuk ke i-Wira dan klik pada nama anda seterusnya klik pada butang 'Profil'. Selepas itu, klik pada butang 'Tukar Kata Laluan'. Anda perlu masukkan kata laluan sedia ada, cipta kata laluan baru dan sahkan kata laluan baru. Gunakan kata laluan baru apabila log masuk di masa depan.

9. Bagaimanakah caranya melindungi kata laluan?

Antara langkah-langkah yang dapat membantu anda melindungi kata laluan adalah seperti berikut:

  • Jangan dedahkan kata laluan kepada sesiapa
  • Jangan berikan kata laluan anda melalui emel atau telefon
  • Tukar kata laluan secara berkala
  • Jangan gunakan fungsi "Remember Password", kerana maklumat anda akan mudah diakses oleh penggodam computer
  • Keluar atau 'Log Out' dari https://iwira.ltat.org.my sebaik sahaja anda menyelesaikan aktiviti di i-Wira.