Previous slide
Next slide

Aplikasi Pintar untuk Wira Kami

Akses pantas ke akaun caruman LTAT anda, bila-bila masa anda memerlukannya.

Memperkenalkan aplikasi mudah alih MyWIRA untuk akses yang lebih pantas ke akaun caruman LTAT anda bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Pengguna i-Wira sedia ada boleh menggunakan akaun dan kata laluan yang sama untuk mengakses aplikasi mudah alih MyWIRA.

Muat turun aplikasi mudah alih MyWIRA anda sekarang!

“Wira Kami, Kebanggaan Kami”

Video Pengenalan

Paparan Aplikasi

Ciri-Ciri Utama

  • Penyata Caruman – membolehkan anggota melihat maklumat akaun caruman LTAT tahun semasa dan tahun sebelumnya.

  • Pengeluaran – memeriksa status permohonan pengeluaran, sejarah transaksi pengeluaran, senarai semak dokumen pengeluaran caruman dan maklumat kontak kecemasan anggota.

  • Unit Amanah – mengakses maklumat mengenai akaun unit amanah dan pautan semakan dana Affin Hwang anggota.

  • Pengumuman – paparan pengumuman terbaru dari LTAT.

  • Program Manfaat – akses tawaran dan promosi eksklusif oleh anak syarikat dan rakan kongsi LTAT.

  • MyWIRA Chatbot – Chatbot kami, MyRA sentiasa bersedia memberikan maklumat mengenai pengeluaran caruman LTAT dan senarai Soalan Lazim kami.

  • Hubungi Kami – maklumat lanjut berkenaan alamat, nombor telefon, emel dan waktu operasi.

  • Laman web LTAT – pautan ke laman web LTAT.