Latar Belakang

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ditubuhkan dalam bulan Ogos 1972 di bawah Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101).

LTAT adalah sebuah badan berkanun kerajaan yang menyediakan kemudahan skim simpanan persaraan untuk Pegawai dan anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia serta anggota kerahan sukarela.

Di bawah skim LTAT, pencarum dikehendaki mencarum 10% daripada gaji bulanan dan Kerajaan akan mencarum sebanyak 15% sebagai majikan kepada LTAT. Di bawah skim simpanan bagi pencarum sukarela, simpanan dibenarkan sekurang-kurangnya RM25 sebulan sehingga had maksimum RM2,000 sebulan.

Visi

Kumpulan Wang Simpanan Yang Mampan

Misi

Meningkatkan Kesejahteraan Sosio-Ekonomi Para Pencarum Kami

Nilai Murni

Integriti

Tadbir urus korporat yang baik, beretika, telus dan dipercayai

Profesionalisme

Melaksanakan tanggungjawab dengan cara yang terbaik dan berkualiti tinggi

Inovasi

Membina model perniagaan, produk dan perkhidmatan yang baru

Kerja Berpasukan

Kesediaan untuk bekerjasama bagi mencapai matlamat atau objektif yang sama

Polisi Kualiti

LTAT komited untuk menjadi sebuah organisasi yang berwibawa dan mencapai tahap pengurusan dana wang caruman anggota Angkatan Tentera yang tinggi dengan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Piagam Pelanggan

Mengkredit dividen tahunan ke akaun ahli:
1 Hari selepas dividen diisytiharkan

Pembayaran pengeluaran caruman:
3 Hari (tertakluk pada maklumat yang lengkap)

Masa menunggu dikaunter:
15 Minit

Menghubungi pencarum yang meninggalkan pesanan telefon:
1 Hari bekerja

Memberi maklumbalas kepada pencarum (e-mel, myWira/ media sosial):
3 Hari bekerja

Memberi maklumbalas ke atas aduan diterima melalui surat:
5 Hari bekerja

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai organisasi yang boleh dicontohi dengan memberikan perkhidmatan yang profesional dan mencapai satu standard kualiti yang cemerlang bagi menjamin keselesaan pencarum merangkumi perkara-perkara berikut:-

  • Mengurus kumpulan wang dan harta pencarum dengan cara yang paling cekap dan mematuhi urus tadbir korporat yang baik untuk mendapatkan pulangan yang sebaik-baiknya supaya nilai kumpulan wang dan harta ini terpelihara;

  • Pemberian kadar dividen dan bonus yang tinggi hasil dari strategi pelaburan yang cekap dan berhemah;

  • Memastikan sistem pengurusan kualiti kerja yang sesuai, mencukupi dan berkesan untuk mencapai kecemerlangan sistem penyampaian perkhidmatan.

  • Meningkatkan, mengenal pasti dan mewujudkan faedah-faedah baru untuk pencarum melalui konsep penambahbaikan berterusan;

  • Memenuhi dan mengenal pasti kehendak pencarum melalui Borang Kaji Selidik Tahap Kepuasan Pelanggan yang diedarkan kepada pencarum;

  • Pembayaran pengeluaran tamat perkhidmatan diproses dalam tempoh 24 jam daripada tarikh LTAT menerima dokumentasi dan maklumat yang lengkap; dan

  • Pembayaran pengeluaran perumahan diproses dalam tempoh 24 jam daripada tarikh LTAT menerima dokumentasi dan maklumat yang lengkap.