Lembaga Tabung Angkatan Tentera

POLISI SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT

Polisi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat LTAT berfungsi sebagai arahan dan komitmen LTAT berkaitan dengan keselamatan maklumat di LTAT dan ianya akan berkuatkuasa sehingga satu keputusan dibuat untuk meminda polisi tersebut. Tujuan Polisi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat LTAT adalah untuk melindungi aset maklumat mengenai pencarum, pegawai & kakitangan serta LTAT dari semua ancaman, sama ada dalaman atau luaran, sengaja atau tidak sengaja. Ketersediaan maklumat dan sistem maklumat akan dipenuhi seperti yang diperlukan oleh proses utama dan proses sokongan operasi.

Pengurusan LTAT:

1) Komited untuk melindungi aset maklumat LTAT dari semua ancaman, sama ada dalaman atau luaran, sengaja atau tidak sengaja.

2) Mewujudkan Objektif Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat dipelbagai fungsi dan peringkat yang relevan;

3) Komited untuk memenuhi dan mematuhi keperluan peraturan, perundangan dan Kontrak berkenaan/berkaitan;

4) Komited untuk terus meningkatkan kesesuaian, kecukupan dan keberkesanan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat;

5) Komited untuk memastikan maklumat perlu disediakan dengan gangguan yang minimum kepada pihak yang dibenarkan;

6) Komited untuk memastikan integriti maklumat dapat dikekalkan; dan

7) Komited untuk memastikan kerahsiaan maklumat, tidak terhad kepada pihak ketiga, maklumat peribadi dan data elektronik adalah terjamin.

Jawatankuasa Kajian Pengurusan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat hendaklah mengkaji semula kesesuaian dan keberkesanan Polisi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat LTAT sekurang-kurangnya sekali setahun.