Panduan Pendaftaran & Pengaktifan i-Wira

Taip atau klik URL dibawah pada browser internet anda (Dicadangkan menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox)

o   iwira.ltat.gov.my

Paparan seperti dibawah akan muncul;
*semua paparan dibawah adalah gambar contoh sahaja, anda perlu mengakses sistem pada pautan iwira.ltat.gov.my

Klik butang ‘LOG MASUK’

Paparan seperti dibawah akan muncul;

Klik pautan ‘Pendaftaran i-Wira’

Paparan seperti dibawah akan muncul;

Isikan semua butiran yang dikehendaki dan tekan butang ‘Daftar’.

No Tentera – No Tentera semasa anda (tanpa T dll)

Emel – alamat emel anda yang aktif dan tetap.

Secure Word – apa-apa perkataan tidak kurang dari 5 huruf dan tidak melebihi 20 huruf tanpa ‘special character’.
SecureWord adalah pengesahan tambahan yang digunakan oleh Sistem i-Wira LTAT untuk mengesahkan bahawa halaman masuk adalah laman Sistem i-Wira yang asli. Anda dikehendaki memasukkan SecureWord anda (apa-apa perkataan) semasa pendaftaran Sistem i-Wira yang telah dikemaskini. Log masuk berikutnya akan memaparkan SecureWord anda. SecureWord anda BUKAN Kata Laluan Sistem i-Wira anda. JANGAN menetapkan SecureWord anda sama seperti Kata Laluan / No. Tentera anda!

Kata Laluan – masukkan kata laluan pilihan anda.
Panjang Kata Laluan sekurang-kurangnya 8 aksara atau lebih dan perlu memenuhi 4 jenis aksara berikut: Huruf besar [ABC], huruf kecil [abc], nombor [123] dan simbol [@#$]

Sah Kata Laluan – masukkan semula kata laluan yang sama untuk pengesahan.

Selepas menekan butang ‘Daftar’, satu pautan (link) akan dihantar pada alamat emel yang dimasukkan dan paparan seperti disebelah akan muncul.

Klik butang ‘memohon penghantaran’ jika tiada emel pengaktifan diterima dalam masa 5 minit bagi menghantar semula emel pengaktifan.

PERHATIAN: Sila pastikan akaun anda telah diaktifkan untuk menggunakan sistem ini. Sistem tidak boleh digunakan (tidak boleh log masuk) selagi ianya belum diaktifkan.

Paparan seperti dibawah akan muncul;

Log masuk ke emel dan klik butang ‘Klik sini untuk mengaktifkan akaun i-Wira’ untuk mengaktifkan sistem i-Wira. (Mohon untuk diperiksa juga didalam ‘folder SPAM/JUNK’)

*jika tiada sebarang emel diterima dalam tempoh 5 minit selepas paparan di atas muncul, sila hubungi LTAT seperti maklumat dibawah untuk pengaktifan melalui emel atau telefon;

Emel: wira[at]ltat.gov.my
Telefon: 1-300-38-5828

*jika butang atau pautan (link) tidak boleh di klik, sila pilih (select) pautan tersebut, salin (copy) dan tampal (paste) pada bar alamat (address bar) di ‘browser’ internet dan tekan ‘Enter’.
*emel pengaktifan ini hanya aktif selama 24 jam sahaja selepas butang ‘Daftar’ diklik pada sistem.

Sistem i-Wira telah diaktifkan dan sedia untuk digunakan.

*jika terdapat sebarang masalah berkenaan pengaktifan i-Wira, sila hubungi kami seperti maklumat dibawah;

Emel: wira[at]ltat.gov.my
Telefon: 1-300-38-5828