Laporan Tahunan 2024
Laporan Tahunan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2024 berfungsi sebagai saluran interaksi untuk mengemas kini pemegang kepentingan tentang kemajuan dalam pelaksanaan misi kami untuk meningkatkan kemakmuran kewangan pencarum menerusi pengurusan dana yang berkesan, pulangan pelaburan yang menguntungkan dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.
Laporan ini disediakan menurut piawaian Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (AKTA 101) pelaporan kewangan yang berkaitan dan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG 2021).
Semua maklumat yang dinyatakan dalam Laporan ini adalah untuk tahun berakhir pada 31 Disember 2024 kecuali dinyatakan sebaliknya.

